Terima kasih kerana memilih Vollig Glanz untuk keperluan pembersihan karpet anda. Untuk memastikan kefahaman bersama, sila rujuk terma dan syarat perkhidmatan berikut:
1. Tempoh Penyimpanan & Pelupusan
Karpet yang telah siap dicuci dan tidak diambil dalam tempoh 30 hari dari tarikh siap akan dilupuskan tanpa notis lanjut.
2. Tanggungjawab atas Kerosakan
Sekiranya berlaku kerosakan pada karpet semasa proses pembersihan yang disebabkan oleh kecuaian pihak kami, Vollig Glanz akan bertanggungjawab membayar ganti rugi sehingga 10 kali ganda nilai bayaran cucian tersebut.
3. Kesan Kotoran Kekal
Kami tidak dapat menjamin penghapusan 100% kesan kotoran kekal yang wujud sebelum pembersihan. Pihak kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan hasil terbaik berdasarkan keadaan karpet.
4. Tempoh Tuntutan & Aduan
Sebarang tuntutan atau aduan hanya boleh dibuat dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan karpet. Aduan lewat daripada tempoh tersebut tidak akan dilayan.
5. Jaminan Kepuasan Pembersihan
Sekiranya karpet masih didapati berbau busuk atau kotor selepas proses pembersihan, Vollig Glanz akan membersihkannya semula secara percuma sebagai jaminan kualiti perkhidmatan kami.
6. Penghantaran Invois, Tempoh Pembersihan & Pengesahan Pesanan
Invois (invoice) akan dihantar dalam tempoh 48 jam selepas pengambilan. Tempoh pemprosesan dan pembersihan karpet akan bermula selepas invois dikeluarkan dan disahkan oleh pelanggan. Pesanan yang dibuat adalah muktamad, dan pelanggan diwajibkan membuat pembayaran penuh selepas penghantaran invois.
7. Cas Minimum Pembersihan
Cas minima bagi sebarang proses pembersihan karpet adalah RM 10.00.
8. Kos Pembatalan Pesanan
Sekiranya pelanggan membatalkan pesanan selepas invois dihantar, Vollig Glanz akan mengenakan kos pembatalan sebanyak RM 50.00.
9. Kualiti Karpet & Risiko Luar Jangka
Vollig Glanz tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pembersihan yang disebabkan oleh faktor luaran seperti kualiti asal karpet, pengecutan bahan, atau keadaan di luar kawalan kami.
10. Kaedah Pembayaran
Semua pembayaran HANYA boleh dibuat kepada Vollig Rug Service melalui akaun berikut: MAYBANK: 5627 4033 3270
Dedikasi dan komited kami adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kepuasan anda. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi kami. Terima kasih atas kepercayaan anda kepada Vollig Glanz.
WhatsApp us