Walaupun karpet divakum setiap hari, ia tetap akan memerangkap habuk dan kotoran halus. Keadaan ini menjadi lebih ketara sekiranya terdapat binatang peliharaan di dalam rumah kerana bulu haiwan mudah melekat pada karpet.
Disebabkan itu, proses dusting merupakan langkah paling kritikal dalam cucian karpet. Sebelum dicuci, karpet akan dimasukkan ke dalam mesin dusting industri yang memukul karpet untuk menyingkirkan sebanyak mungkin debu, pasir dan kotoran yang terkumpul di bahagian dalam karpet.